Kursus Pengurusan Untuk ALC & ATC


Kursus Pengurusan Untuk ALC & ATC

Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. buat pertama kalinya akan menganjurkan Kursus Pengurusan ATC dan ALC  untuk rangkaian ATC & ALC diseluruh negara.
Modul Pengurusan yang telah disusun ini akan dapat membantu semua ATC dan ALC menjalankan operasi dakwah dan perniagaan mereka dengan lebih efisyen lagi.Kursus akan diadakan pada 12 Mei  bagi ATC manakala pada13 Mei pula kursus untuk ALC. Hanya 30 tempat sahaja disediakan bagi tujuan ini
Di antara kandungan kursus ini ialah berkaitan Pengurusan Pentadbiran,Kewangan ,Pemasaran dan juga Pengurusan Operasi.
Sehingga kini terdapat 253 buah ALC dan juga 13 buah ATC termasuk sebuah ATC di Republik Singapura. Jumlah rangkaian ALC dijangka semakin bertambah berikutan Promosi Sempena Ulangtahun ke-3 Teknik Al-Baghdadi yang bakal diumumkan pada 24 April (Selasa ini). Al-Baghdadi Method menyasarkan 1000 buah ALC menjelang hujung tahun ini. Sebarang maklumat lanjut dan tempahan kursus boleh terus hubungi ibu pejabat Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan