Al Baghdadi menampilkan laman webnya yang baru. Meskipun masih
di dalam ujian, laman web ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung
kerana web ini akan dilengkapi dengan ruangan untuk ATC dan ALC menyalurkan
maklumat dari seluruh negara. Selain itu juga laman web ini menyediakan ruang
pendaftaran 'user' untuk memudahkan ATC dan ALC memuat turun bahan-bahan
promosi seperti flyers, borang dan modul teknik Al Baghdadi.
Al Baghdadi Method Sdn.
Bhd. akan mewujudkan kumpulan pengurusan ICT nya dalam masa terdekat untuk
membantu membangunkan serta memantau laman web ATC dan ALC di seluruh negara.
Langkah ini adalah tepat pada masanya memandangkan pengaruh media alternatif
dalam medan dakwah amat penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan